Latar Belakang

Taman Makok ialah pada mulanya kawasan ini hanyalah dirimbuni dengan pokok-pokok nibong yang berkeluasan kira-kira 3 hektar. Pokok-pokok nibong ini tumbuh subur menyusuri sungai-sungai rambai pada zaman dahulu. Pada ketika itu Sungai Rambai dijadikan sebagai sumber bahan utama penduduk yang dijadikan sumber makanan. Sungai Rambai dikenali dengan air yang jernih dan kaya dengan hasil-hasil sungai seperti ikan tilapia, haruan, sepat dan sebagainya. Sungai Rambai ini juga dikenali oleh kaki pancing kerana kaya dengan hasil-hasil sungai. Selain jalan di darat Sungai Rambai dijadikan sebagai jalan pengangkutan utama penduduk di situ dengan menggunakan sampan, rakit dan juga perahu. Penempatan penduduk ketika itu bergantung kepada sumber hutan dan sungai.

Sehinggalah pada tahun 1975, seorang anak muda yang berbangsa Cina yang dikenali dengan namanya Makok telah mengusahakan dan memajukan sekitar kawasan Sungai Rambai. Setelah siap sepenuhnya pada tahun 1979, Sungai Rambai yang dahulunya hanyalah rimbunan pokok-pokok nibong, sudah maju dan terbinanya kawasan perumahan. Nama Taman Makok ini diambil sempena pemajunya yang bernama Makok. Selepas terbina kawasan perumahan ini, mereka mendirikan beberapa unit rumah iaitu 18 unit rumah kedai, 202 unit rumah meliputi kawasan Taman Makok dan 184 unit rumah tidak meliputi kawasan tersebut. Kedudukan Taman Makok yang amat strategik berhampiran dengan pusat bandar, menjadi tumpuan penduduk di sekitarnya.

Taman Makok juga adalah satu kawasan yang terletak di daerah Seberang Perai Tengah. Anggaran majoriti Penduduk Taman Makok sekarang ini ialah 80% orang berbangsa Cina, Melayu 10 % dan lain-lain 10%. Ahli Persatuan Taman Makok sehingga sekarang merangkumi 170 orang ahli persatuan penduduk Taman Makok.

Wednesday 20 July 2011

Door To Door

Door To Door dijalankan bersama PDSI Permatang Tinggi serta PD Alma di Tadika Perpaduan Taman Keenways untuk menggantikan buku baru.

Tarikh: 20 Julai 2011
Hari : Rabu
Tempat : Tadika Perpaduan Taman Keenways

Lokasi seterusnya di Tadika Pasti Taman Kota Permai juga untuk menggantikan buku-buku. Terima kasih Pn. Faridah serta Irma Azlini kerana bersama - sama menjayakan DTD.

Tempat : Tadika Pasti Kota Permai